Adun bantu bayar sewa rumah armalah

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: Hasrat seorang armalah (ibu tunggal) Junaidah Ismail, 55, tinggal di rumah rumah lebih selesa menjadi kenyataan apabila Pusat Khidmat DUN Kijang bersedia membayar sewa rumah sebanyak RM350 sebulan.

Adun Kijang, Dr Izani Husin berkata, keluarga berkenaan pernah dibantu bekas Adun Kijang, Wan Ubaidah Omar sebelum ini.

- Advertisement -

“Memandangkan beliau menumpang rumah adik beradiknya di Kampung Tikat, kami berhasrat mencari rumah sewa yang agak selesa untuk mereka.

“Tambahan pula dua orang anak Junaidah begitu cemerlang dalam pelajaran, jadi kita tidak mahu pelajarannya terganggu,” katanya di sini, hari ini.

Junaidah menghidap penyakit angin ahmar lebih setahun lalu, kini tidak mampu mencari rezeki untuk menanggung perbelanjaannya enam beranak.

Pada masa yang sama beliau menghadapi masalah penglihatan lebih lima tahun lalu. Beliau juga berpisah dengan suaminya sejak enam tahun lalu.

Seorang anaknya, Che Mohd Arif Che Suhaimi, 19, merakam ucapan terima kasih kerana keprihatinan wakil rakyat membolehkan mereka sekeluarga tinggal di rumah yang lebih selesa. – HARAKAHDAILY 30/11/2020

- Advertisement -