Blok Barat yang didominasi oleh Yahudi Nasrani (Siri 2)

- Advertisement -

HARI ini kita menyaksikan beberapa Negara-negara Arab sudah mula menzahirkan hubungan mereka dengan blok Barat yang didominasi oleh Yahudi dan Kristian (Katholik). Hakikat ini telah digambarkan melalui sabda Baginda S.A.W;

- Advertisement -

لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ مَنْ قَبْلَكُم شِبْرًا بشبْر، وذراعًا بذراع، حتَّى لو سَلَكُوا جُحْر ضَبٍّ لَسَلَكْتُمُوهُ

“Pasti kalian akan mengikuti orang-orang sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, dan sehasta demi sehasta, sampai jika mereka memasuki lubang biawak kalian pasti akan mengikuti mereka”

قلنا: يا رسول الله؛ اليهودُ والنَّصارى؟

“Kami (Para Sahabat R.A) bertanya : Wahai Rasulullah, adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?

قال النَّبيُّ صلى الله عليه وسلم : فمن؟

“Nabi S.A.W bersabda: Siapa lagi kalau bukan mereka?”

Untuk mengkucar-kacirkan Negara-negara Islam, Negara-negara Arab ini akan bertugas menghantar dana atau tentera mereka. Contohnya UAE dan Arab Saudi pernah menawarkan beberapa bilion US untuk Mesir sekiranya berjaya menumbangkan Morsi.

Mereka menghantar tentera untuk wujudkan perang proksi di Libya, Yaman dan sebagainya. Agenda kucar-kacir ini hakikatnya akan membawa ke arah penguasaan Israel di Asia Barat, seterusnya merealisasikan tujuan membina Pax Judaica.

Hari ini kita saksikan Ikhwan Muslimin dijadikan kambing hitam untuk memasarkan Post Islamism. Menggambarkan keganasan dan kejumudan Islam, lalu mereka mempamerkan Islam mengikut acuan Barat bersulamkan dalil. 

Hadis ini menggambarkan fenomena kecairan prinsip yang melanda Umat Islam. Apabila Umat Islam terikut ikut cara Barat, berfikir cara Barat, berkhidmat dengan Barat, berpakaian arab tetapi otak Barat.

MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 27/11/2020

- Advertisement -