MOSTI jangka terima vaksin suku pertama tahun depan

Foto ZUBAIR YUSOFF
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mensasarkan jangkaan vaksin dapat digunakan pada suku pertama tahun hadapan.

Timbalan MOSTI Ahmad Amzad Hashim berkata vaksin merupakan satu kaedah perubatan yang terbukti dapat mengawal wabak-wabak yang ada.

- Advertisement -

Beliau berkata, sehingga sekarang mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebanyak 212 buah syarikat pharmaceutical atau agensi-agensi kerajaan di negara yang terlibat telah memulakan penyelidikan bagi menghasilkan vaksin.

“Kita sedang berhubung secara rapat dengan mereka semua.

“Malaysia mengambil pendekatan untuk tidak bergantung kepada satu sumber sahaja bagi mendapatkan vaksin,” katanya.

Bagaimanapun, tambah beliau vaksin tersebut perlu melalui proses-prosesnya sebelum ia diterima.

“Vaksin yang sedang diusahakan ini perlu melalui fasa pertama, fasa kedua dan fasa ketiga iaitu ujian klinikal.

“Sehingga hari ini terdapat 12 vaksin telah sampai ke fasa klinikal yang ketiga, ia bermakna sudah hampir,” kata Ahmad Amzad.

Ahmad Amzad yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata demikian sebagai panel jemputan dalam siri ke-7 slot Bicara Harakah yang dipancarkan secara langsung di Facebook Harakahdaily, Youtube Harakah TV dan Hijau FM, sebentar tadi.

Turut diundang sebagai panel jemputan, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Dato’ Seri Panglima Annuar Musa.

Bicara Harakah yang dikendalikan moderator Hezry Yasin kali ini membincangkan tajuk Bajet 2021 : Hala tuju Malaysia di bawah Perikatan Nasional. – HARAKAHDAILY 25/11/2020

- Advertisement -