2 pusat pemindahan dibuka di Kuala Krai

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sebanyak dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Kuala Krai hari ini di Masjid Lama Keroh dan Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Guchil.

Mangsa banjir yang berpindah pagi ini terus meningkat kepada 14 orang daripada tiga keluarga berbanding enam orang daripada dua keluarga semalam.

- Advertisement -

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lapan mangsa ditempatkan di PPS SK Banggol Guchil, manakala PPS Masjid Lama Keroh pula enam termasuk bayi perempuan.

Sementara itu, Sungai Kelantan di Kuala Krai setakat 8 pagi tadi menunjukkan bacaan melebihi paras waspada 22.38 meter berbanding paras biasa 20.00 meter.

Trend sama turut berlaku pada Sungai Kelantan di Kusial Tanah Merah yang menunjukkan angka melebihi paras waspada 13.24 meter daripada paras biasa 12 meter.

Selain itu, situasi sama juga Sungai Golok di Rantau Panjang menyaksikan peningkatan sedikit pagi ini apabila air naik sebanyak 7.72 meter berbanding paras biasa 7 meter. – HARAKAHDAILY 25/11/2020

- Advertisement -