PAS ziarah keluarga warga M’sia meninggal di Australia

- Advertisement -

MUAR: PAS Kawasan Muar telah menziarahi keluarga warganegara Malaysia yang disahkan meninggal dunia di Australia iaitu Mohd Abdul Hair Amad Misnor Bani di Kampung Parit Salman, Parit Jawa di sini semalam.

- Advertisement -

Lawatan diketuai Yang DiPertua PAS Muar, Abdul Aziz Talib itu turut disertai Timbalan Yang DiPertua PAS Muar, Cheman Yusoh dan juga Ketua Pemuda PAS Muar, Ustaz Ridzuan Nazri serta beberapa Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan.

Pertemuan dengan ibu bapa Allahyarham iaitu Amad Masnor Bani dan Rukiah Isnin itu bertujuan menzahirkan simpati dan takziah serta menyampaikan sumbangan derma bagi meringankan kos pengurusan pengkebumian berjumlah AUD7,000 (RM21,000).

Kata Abdul Aziz, pihak PAS Muar memahami tanggungan rasa hati ibu bapa Allahyarham yang kehilangan anak tersayang apatah lagi berada di kejauhan tanpa dapat didakap dan diziarahi lantaran pandemik COVID-19 ketika ini.

Allahyarham yang bekerja di sana dikatakan mengadu sesak nafas di kediaman rakannya sebelum jatuh tidak sedarkan diri, namun disahkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Royal Melbourne jam 8:29 malam 17 November lalu.

Jenazah beliau selepas laporan penuh oleh pihak hospital telah dibawa pulang ke Shepperton dan disempurnakan pengkebumian oleh para sukarelawan Muslim Australia yang juga dalam kalangan warga Malaysia.

Sumbangan masih diperlukan bagi menampung kos berkaitan yang boleh diserahkan terus ke akaun Maybank 1010 4946 8146 ibu Allahyarham, Rukiah Isnin. – HARAKAHDAILY 24/11/2020

- Advertisement -