Jasa wira negara mempertahankan tanah air

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang Koperal Baharuddin Ramli iaitu anggota Batalion 3 PGA Pasukan Gerakan Am (PGA) yang telah meninggal dunia akibat terkena tembakan semasa penugasan kawalan keselamatan Op Benteng di sempadan Malaysia – Thailand pagi tadi. 

Pemergian mendiang sebagai wira merupakan kehilangan yang besar buat negara. Justeru, jasa dan pengorbanan beliau perlu dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia.

- Advertisement -

PAS turut mendoakan kesembuhan buat rakan setugas mangsa, Kpl. Norihan A/L Tari yang cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan 
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
24 November 2020 | 8 Rabiul Akhir 1442 – HARAKAHDAILY 24/11/2020

- Advertisement -