Ibu Ketua Muslimat PAS meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ibu kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Allahyarhamah Azam Yahya pergi menghadap ilahi di Hospital Selayang, semalam.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir sebelum sempat dipindahkan ke Hospital Pekan, Pahang yang mana dijadualkan semalam.

Jenazah Allahyarhamah Azam selamat dikebumikan di Kampung Makam Condong, Pahang pada jam 10 pagi tadi.

Advertisement

Situasi sayu itu disaksikan ramai penziarah dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Turut hadir menziarahi, Naib Ketua DMPM, Salamiah Mohd Nor. Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) – HARAKAHDAILY 20/11/2020