Bilangan pelanggan restoran dibenar 4 orang

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan meminta rakyat di negeri itu mematuhi enam langkah tambahan bagi membendung penularan Covid-19.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada, rakyat Kelantan perlu mematuhi langkah-langkah tambahan lain.

Katanya, surat bertarikh 18 November lalu yang tular di media sosial sejak semalam adalah benar dan bukan palsu.

- Advertisement -

“Hairan sungguh, surat yang palsu dikatakan benar, yang benar dikatakan palsu,” ujarnya ketika diminta penjelasan berhubung pekeliling yang ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nazran Muhammad di sini, semalam.

Antara enam arahan tambahan melalui pekeliling tersebut meminta semua operasi premis perniagaan dibuka sehingga jam 11.30 malam sahaja.

Manakala operasi stesen minyak dibenarkan sehingga jam 12.00 malam, bilangan pelanggan setiap kedai makan pula hanya dibenarkan empat orang sahaja.

Semua majlis keraian hendaklah dimaklumkan kepada polis terlebih dahulu sekurang-kurangnya lima hari sebelum ianya berlangsung.

Semua acara sukan atau latihan yang boleh melibatkan aktiviti bersentuhan antara satu sama lain tidak dibenarkan. – HARAKAHDAILY 20/11/2020

- Advertisement -