Tingkat kebersihan di semua PBT di Kelantan

Kelantan beli 13 lori kompaktor dan empat lori lain bagi kegunaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan membelanjakan sebanyak RM5 juta untuk membeli 13 lori kompaktor dan empat lori lain bagi kegunaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, peralatan berkenaan disediakan bagi meningkat kebersihan di semua PBT di negeri itu.

- Advertisement -

“Usaha itu dibuat bagi menzahirkan komitmen kerajaan negeri untuk menjadikan Kelantan negeri bersih, indah dan ceria,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih 2020 di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad 1V di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin dan wakil-wakil rakyat.

Ahmad juga berkata program kebersihan sentiasa dihidupkan sehingga ke peringkat majlis-majlis daerah supaya masyarakat peka terhadap kepentingan menjaga kebersihan.

“Di sinilah peranan cukup besar yang perlu dilaksanakan oleh setiap PBT dalam meningkatkan kemakmuran, kesejahteraan dan kualiti kehidupan rakyat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 19/11/2020

- Advertisement -