Penipuan kes Macau Scam RM256 juta

Timbalan Pengarah (Siasatan), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, DCP Dato’ Rusli Mohd Noor ketika merasmikan Balai Polis Bukit Yong
- Advertisement -

PASIR PUTEH: Penipuan kes Macau Scam bagi tempoh Januari sehingga Oktober lepas membabitkan kerugian berjumlah RM256 juta.

Timbalan Pengarah (Siasatan), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, DCP Dato’ Rusli Mohd Noor berkata, sebanyak 1,420 daripada jumlah 2,676 tangkapan kes Macau Scam didakwa di mahkamah.

Katanya, mereka yang tertipu termasuk pensyarah, jurutera dan kakitangan bank.

- Advertisement -

“Mereka mudah terpedaya dengan ugutan dan janji manis oleh seseorang individu menerusi panggilan telefon kononnya dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mahkamah.

“Mangsa mudah memberi nombor pin dan nombor akaun bank malah sanggup berhutang dengan bank antara RM200,000 hingga RM300,000 untuk dimasukkan ke dalam akaun seseorang selepas diminta berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Polis Bukit Yong di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Kelantan, DCP Shafien Mamat dan timbalannya SAC Abdullah Mohammad Piah.

Rusli juga berkata lebih teruk lagi ada orang kerugian hampir RM1 juta akibat penipuan tersebut. – HARAKAHDAILY 19/11/2020

- Advertisement -