Langkah DBKL perlu dicontohi PBT lain

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman menyambut baik langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengeluarkan Garis Panduan dan Syarat Permohonan Lesen Minuman Keras (Liquor Yang Memabukkan) berkuat kuasa 1 Oktober tahun hadapan.

Katanya, langkah itu tentunya menimbulkan kelegaan kepada rakyat khususnya di Wilayah Persekutuan, malah menjadi satu lambang kesungguhan dan kejayaan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

- Advertisement -

“Saya yakin garis panduan baru ini juga akan dapat mengurangkan statistik pemandu mabuk yang memandu dalam keadaan merbahaya sehingga boleh mengakibatkan kecederaan dan kematian,” katanya dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.

Dalam hantaran itu, Abdul Latiff mengharapkan pihak berkuasa tempatan lain juga dapat mengikut jejak langkah yang di ambil DBKL.

“Alhamdulillah, di Kelantan pihak PBT-PBT telah 30 tahun melaksanakannya, bahkan lebih terkehadapan lagi iaitu tiada lesen penjualan arak di semua kedai runcit termasuk kedai serbaneka 24 jam kecuali yang mendapat lesen khas sahaja iaitu jumlah yang amat terhad.

“Sekalung tahniah kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dan kementeriannya serta DBKL atas pelaksanaan garis panduan tersebut. Semoga ada kebaikan untuk rakyat Malaysia,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 19/11/2020

- Advertisement -