Tiada provokasi Sidang DUN Pahang

KUALA LUMPUR: Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pahang sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang setiasa saling hormat menghormati, kata Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri, Dato’ Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Advertisement

Menurut beliau, sepanjang tempoh Sidang Dewan negeri berlangsung, tiada provokasi dan tiada jerit menjerit seperti di beberapa persidangan dewan negeri yang lain.

“Inilah kelebihan persidangan Dewan Negeri Pahang yang sentiasa harmoni, berbahas dengan matang dan penuh semangat persahabatan walaupun berlainan parti politik demi kemakmuran dan kemajuan negeri Pahang.

“Sikap tolak ansur dan saling menghormati antara satu sama yang lain amatlah diperlukan dalam memastikan kita semua sentiasa aman dan damai,” ujarnya mengucapkan tahniah kepada semua Adun Pahang.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran Facebook rasminya, hari ini. – HARAKAHDAILY 18/11/2020