Sultan Johor kurnia enjin bot kepada nelayan

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan mengurniakan enjin bot kepada lima nelayan dari Kampung Teluk Berhala, Pulau Aur, dekat Mersing.

Menerusi hantaran berserta beberapa gambar yang dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Johor, majlis tersebut diadakan di perkarangan Istana Flintstones, dekat Mersing, dengan dihadiri Pegawai Daerah Mersing Asman Shah Abd Rahman.

Menurut hantaran terbabit, lima nelayan berkenaan cukup terharu apabila dikurniakan enjin bot tersebut oleh baginda.

- Advertisement -

Pengurniaan berkenaan adalah susulan permintaan kesemua nelayan itu yang diutarakan ketika lawatan spontan Sultan Ibrahim ke Pulau Aur, pada 28 Oktober lepas.

“Kami semua menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Tuanku Sultan atas kurniaan enjin ini selepas kami ajukan permintaan kepada baginda tempoh hari. Semoga Tuanku dilimpahi kesihatan, rezeki dan panjang umur,” kata Hazran Harun, salah seorang penerima enjin berkenaan, seperti yang dimuat naik dalam laman Facebook tersebut. – BERNAMA

- Advertisement -