Sejak bila kerajaan tindas orang Cina

- Advertisement -

NASIHAT saya, jangan terlalu Cina ultra kiasu, belajarlah daripada bangsa lain, seperti sebahagian masyarakat India. Ultra kiasu menuduh kerajaan menindas sekolah Vernakular kerana tidak menyediakan peruntukan untuk sekolah tersebut dalam Belanjawan 2021.

Sejak bila kerajaan tindas orang Cina? Kerajaan manjakan lagi adalah. Jika tidak, masakan Sekolah Cina makin bertambah setiap tahun. Gaji-gaji guru-guru SJKC dan SMJKC, siapa bayar selama ini? Mereka ini memang ultra kiasu, tak pernah rasa bersyukur dan cukup.

Misalnya, apabila kerajaan sudah sediakan peruntukan tapak tanah untuk SJKC, mereka sudah pagar siap-siap tanah tersebut, walaupun peruntukan belum turun, agar tidak diceroboh. Mereka sanggup mencari wang sebegitu banyak untuk memagar tanah tersebut, kerana takut tanah itu hilang. Daripada mana dapat dana memagar tanah, sedang peruntukan belum turun. Itu saya kata, kerajaan bantu atau tidak, sekolah mereka tetap megah berdiri.

- Advertisement -

Di Pulau Pinang, kalau tak percaya pergi tengok, boleh dikatakan semua SJKC ada dewan sendiri. Sekolah Kebangsaan mana ada semua kemudahan seperti itu. Berbalik kepada Belanjawan 2021, setelah didesak kiri kanan, saya pasti kerajaan akan tuntut kepada desakan ultra kiasuUltra kiasu kata MCA ‘membantu’ penindasan terhadap kaum Cina apabila peruntukan kepada mereka dipotong dalam Belanjawan 2021.

Tak usah berlakonlah ultra kiasu, inilah hebatnya strategi mereka, ultra kiasu di luar kerajaan desak, ultra kiasu dalam buat kerja. Akhirnya, kerajaan serba salah, terpaksa bagi. Sekurang-kurangnya tirulah sedikit sebahagian orang India dalam soal pembinaan negara bangsa. Saya begitu teruja menonton Panggung RTM, TV1, malam tadi, jam 9 malam. Menonton cerita keluarga India, sempena Deepavali bertajuk, Untukmu Amma. Berkisar kepada keluarga India, tetapi menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium.

Walaupun lakonan mereka tidaklah begitu berkesan disebabkan oleh penghayatan Bahasa Melayu, tetapi sekurang-kurangnya mereka berusaha untuk menerbitkan telemovie dalam Bahasa Kebangsaan, berkisar tema masyarakat India. 

Saya terlalu jarang nampak telemovie hampir sepenuh pelakon utama India, menggunakan Bahasa Melayu. Ini kali pertama saya tonton hingga habis. Saya nak tengok sejauh mana penghayatan mereka apabila berlakon dalam Bahasa Melayu.

Apakah boleh sampai menitiskan air mata. Sepanjang saya tonton telemovie atau Panggung RTM semalam, memang sukarlah menitiskan air mata, walaupun adegan begitu sedih. Kenapa? Bahasa memerlukan penghayatan. Apapun, tahniah kepada penerbit India, kerana berusaha dalam pembangunan negara bangsa, dengan menerbitkan drama dalam Bahasa Melayu.

Saya cukup nak tengok, penerbit Cina, menerbitkan filem berkisar masyarakat Cina, menggunakan Bahasa Melayu, ditayangkan di TV1, seperti telemovie India sempena Deepavali. Sebab selama ini, dalam kepala ultra kiasu, hanya ada Cina, bahasa Cina, sekolah Cina dan semuanya Cina. Kenapa setelah lebih 60 tahun merdeka, mereka asyik memikirkan soal pencinaan? Kenapa tidak fikirkan soal pembinaan negara bangsa dan perpaduan?

Contoh lain, menurut ultra kiasu, masyarakat Cina dijangkakan sepatutnya, mendapat peruntukan sekitar RM404.5 juta pada tahun ini yang merangkumi RM219.5 juta untuk pendidikan, RM100 juta pinjaman perniagaan kecil dan RM85 juta untuk infrastruktur dan penyelenggaraan kampung baru.

Sebagai ganti, ultra kiasu berkata kaum Cina hanya memperoleh RM177 juta dalam Belanjawan 2021, yang merupakan 0.055 peratus daripada jumlah belanjawan sebanyak RM322.54 bilion. Tidak pernah bersyukur mereka ini. 

Ultra kiasu juga membangkitkan isu Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman milik MCA yang diperuntukkan hanya RM2 juta di bawah Belanjawan 2021 walaupun Kerajaan PH sebelum ini mengumumkan peruntukan RM40 juta. 

Disebabkan desakan ini, ultra kiasu dalam kerajaan pun menjawab bahawa, kolej universiti itu akan mendapat dana tersebut walaupun tiada ‘hitam putih’ dalam dokumen belanjawan. Maknanya, tidak lama lagi Menteri Kewangan akan umumkan peruntukan yang ‘terlepas pandang’ itu. 

Rupa-rupanya ultra kiasu ini, walaupun duduk terpelanting di luar, dalam fikiran terus membuat kira-kira, berapa Cina boleh dapat. Inilah hebatnya ultra kiasu, luar merancang, yang dalam pun merancang. Semua mahu makan, kiri kanan.

Dapat kurang bising, dapat lebih diam membisu. Inilah ultra kiasu. Peliknya, kita sebagai umat Islam inilah yang buta. Luar dalam asyik bergaduh dan merebut kuasa dan ghanimah. Akhirnya, masa banyak terbuang dan yang terlepas pandang, kasihan saya melihat politik Melayu Islam ini. Mereka menjadi minoriti dalam majoriti.

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH – HARAKAHDAILY 16/11/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -