MCM terima pengiktirafan Duta Besar Turki

KUALA LUMPUR: Duta besar Negara Turki telah memberi pengiktirafan antarabangsa kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan Muslim Care Malaysia Society (MCM).

Menurut Pegerusi Muslim Care, Zulkifli Wahijan, pengiktirafan antarabangsa yang diberi oleh Kerajaan Turki melalui duta besar Turki itu merupakan satu pengikturafan kepada Muslim Care Malaysia serta buat seluruh rakyat Malaysia.

Advertisement

“Surat penghargaan dihantar kepada Muslim Care Malaysia. Namun penghargaan besar ini lebih layak diterima oleh seluruh Rakyat Malaysia dan para dermawan kepada Muslim Care Malaysia.

“Tahniah semua para dermawan dan penggerak Muslim Care Malaysia yang membantu mangsa gempa bumi di Izmir, Turki. Moga Allah melipatgandakan rezeki tuan-tuan dan puan-puan semua dan menjadi harta bekalan di alam barzah nanti,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyeru agar orang ramai terus memberi dan menyumbang bersama Muslim Care Malaysia atau boleh terus menghubungi ke talian seperti yang tertera dibawah:

Hotline : 01150050035
En Safwan 0134886447
En Johari 0169978323
Cik Zuriati 0192049434
Cik Suryana 01121941194 – HARAKAHDAILY 13/11/2020