Antara membuat simpanan dan tabiat berbelanja

JIKA sehari kita menyimpan RM1 secara konsisten selama 5 tahun bekerja, boleh kumpul sekitar RM2,000 dengan pulangan purata 6 peratus.

Jika yang tak ada simpanan itu daripada kalangan orang-orang tua di kampung, gelandangan, penoreh getah, buruh, petani dan juga nelayan – mungkin boleh kita terima jika mereka tak ada simpanan. 

Tapi majoriti yang tak ada simpanan ini adalah orang yang ada sijil berjela, yang ada kerja tetap, ada kad kredit, beli kereta baru, tukar sport rim baru, pakai handphone branded, ada personal loan dan segala macam belanja mak nenek.

Advertisement

Kalau pesan bab pengurusan kewangan masa sebelum krisis dulu, golongan ini yang akan pandang sinis. Yang akan kata bila lagi nak merasa duit sendiri. Bila masa nak enjoy kalau bukan sekarang. Tapi apabila berlaku krisis kini, mereka jugalah yang laju menaip di media sosial mengatakan perlu bantuan.

Kalau tegur, golongan ini yang akan paling cepat sentap. Dulu sentap sebab kena tegur sebab beli kereta tak ikut kemampuan, atau kena tegur sebab tukar sport rim, sekarang sentap lagi. 

Kawan-kawan,

Waktu krisis sebegini adalah waktu terbaik untuk muhasabah dan post moterm balik tabiat belanja kita masa ini. Bukan waktu untuk menyalahkan orang lain, menyalahkan kerajaan, menyalahkan keadaan, menyalah COVID-19, menyalahkan Illuminati, menyalahkan Neelofa…

Kita akui sekarang zaman yang penuh krisis namun ketika itulah juga akan muncul peluang. Umpama pelangi yang hanya muncul ketika hujan di tengah tatkala kita sangkakan cerah hingga ke petang.

Keindahan pelangi hanya akan dikecapi oleh mereka yang sedar dalam teduhan hujan, bukan mereka yang tidur dalam kehangatan selimut.

AFYAN MAT RAWI – HARAKAHDAILY 10/11/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.