Sumbangan ‘face shield’ DMPK Labuan

- Advertisement -

LABUAN: Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) Labuan telah menyampaikan sumbangan 100 keping pelindung muka (face shield) kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk diagihkan bagi kegunaan barisan hadapan di Labuan.

- Advertisement -

Antara yang menerima pelindung muka itu adalah petugas kesihatan, anggota polis, tentera, RELA dan juga Maritim.

Pelindung muka tersebut telah diserahkan oleh Ketua Muslimat PAS Kawasan Labuan, Jarinah Awang Jaafar bersama Timbalan Ketua Muslimat, Haslina Harris, dan Naib Ketua Muslimat, Sitti Nur Salma Ambo.

Penyerahan ini telah berlangsung di Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan hari ini.

“Sumbangan face shield ini adalah sebagai tanda sokongan DMPK Labuan kepada seluruh frontliners kita dan diharapkan ianya dapat melindungi mereka sepanjang menjalankan tugas membanteras penularan Covid-19 di Labuan khususnya,” ujar Jarinah.

Hadir sama semasa penyerahan tadi adalah Yang Dipertua PAS Labuan, Hamir Zahari, Timbalan Yang Dipertua merangkap Pengerusi MPP Zon 4, Ustaz Ahmad Junid Aling serta Naib Yang Dipertua, Abdul Rahim Mohamad Salleh merangkap Pengerusi MPP Sub Zon 1. – HARAKAHDAILY 3/11/2020

- Advertisement -