Sumbangan ADUN Chenor sempena Maulidur Rasul

- Advertisement -

MARAN: Lebih 80 orang terdiri dari golongan asnaf, sukarelawan pengurusan jenazah, pengurusan kubur, saudara baharu dan lain-lain menerima sumbangan disampaikan ADUN Chenor, Ustaz Mujibur Rahman Ishak, kelmarin.

- Advertisement -

Turut menerima sumbangan adalah beberapa masjid dan surau serta persatuan khairat kematian pada program Mahabbah Rasul S.A.W sempena sambutan Maulidur Rasul di Dewan Terbuka Masjid At-Taqwa Kampung Awah, di sini.

Majlis anjuran pihak masjid dengan kerjasama Pejabat ADUN Chenor, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Chenor, Pejabat Penghulu Bukit Segumpal, JKKK Kampung Awah dan Kabut serta Persatuan Khairat Kematian Penduduk Mukim Bukit Segumpal.

Penyelaras Mahabbah Rasul, Ustaz Ramli Abd Rahman berkata, pihaknya berhasrat untuk mengadakan sambutan Maulidur Rasul kali ini secara besar-besaran sekurang-kurangnya dua hari dua malam.

Namun akuinya, pihak beliau terpaksa mengadakan majlis tersebut secara sederhana memandangkan penularan COVID-19 yang semakin meningkat mutakhir ini.

Majlis turut dihidangkan dengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang, Ustaz Aris Hazlan Ismail. – HARAKAHDAILY 1/11/2020

- Advertisement -