SADA ambil alih kontrak Taliwork di Langkawi

- Advertisement -

ALOR SETAR: Penamatan kontrak syarikat konsesi air, Taliwork Langkawi Sdn Bhd pada 1 November (hari ini) dijangka memberi keuntungan kepada kerajaan negeri.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, syarikat berkenaan beroperasi mengurus bekalan air di Langkawi selama 25 tahun.

- Advertisement -

“Mulai hari ini operasi berkenaan akan diambil alih sepenuhnya oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA).

“Pengambilalihan ini akan memberikan kelegaan besar kepada SADA dan kerajaan negeri,” ujarnya pada catatan di media sosialnya hari ini.

Oleh itu beliau berharap SADA terus berjaya dan menjadi syarikat yang terbaik menguruskan bekalan air di negeri itu.

Muhammad Sanusi juga mengucap tahniah kepada kepimpinan kerajaan selain komiten tinggi pengurusan SADA di atas keazaman dan tekad sehingga perkara tersebut menjadi kenyataan.

Manakala perjanjian konsesi air bersama Air Utara Indah (AUI) Sdn Bhd juga tamat pada Ogos lepas. – HARAKAHDAILY 1/11/2020

- Advertisement -