Memperingati perjuangan Rasulullah S.A.W

- Advertisement -

SAYA ingin mengajak semua masyarakat terutama umat Islam untuk sama-sama memperingati perjuangan Rasulullah S.A.W bersempena hari kelahiran Baginda yang lahir pada 12 Rabiulawal. 

Sambutan Maulidur Rasul di Malaysia merupakan satu syiar yang diraikan secara rasmi. Namun pada tahun ini, sambutan ini akan diraikan dengan suasana yang berbeza disebabkan penularan COVID-19 yang masih belum reda

Oleh yang demikian, Kerajaan melalui JAKIM menyediakan pelbagai pengisian dan acara lain sebagai alternatif kepada sambutan ini. Antaranya dengan menggerakkan kempen ‘Malaysia Berselawat’, pertandingan Video Kreatif Maulidur Rasul S.A.W 1442H/2020M serta rancangan khas Semarak Cinta Rasul.

- Advertisement -

Inisiatif tersebut diambil sebagai galakan umat Islam di negara kita untuk menyemarakkan 12 Rabiulawal dengan gema selawat bagi menunjukkan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad S.A.W dan juga sebagai usaha menghidupkan hari yang mulia ini. 

Justeru, saya sekali lagi ingin mengajak semua rakyat untuk menyahut usaha Kerajaan dalam menyemarakkan sambutan hari bersejarah ini walaupun dengan cara berlainan sekali gus menjadikan hari sambutan Maulidur Rasul sebagai hari memperingati Rasulullah bukannya cuti umum semata-mata.

“Islam Memperkukuh Perpaduan” 

YB SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR
Ahli Parlimen Setiu – HARAKAHDAILY 29/10/2020

- Advertisement -