Kerajaan PN bayar RM79 juta hutang SADA

- Advertisement -

ALOR SETAR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Kedah berjaya menjelaskan hutang Syarikat Air Darul Aman (SADA) sebanyak RM79.33 juta sejak mengambil alih pentadbiran negeri itu pada Mei lepas.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sebelum ini SADA menanggung hutang sebanyak RM147 juta yang diaudit bermula 2017 hingga Mei 2020.

- Advertisement -

Katanya setakat Oktober ini kerajaan negeri berjaya melunaskan hutang SADA dan sekarang hanya berbaki sebanyak RM68 juta.

“Kerajaan mengambil pendekatan mengurangkan beberapa kos operasi sebagai langkah penjimatan antaranya membatalkan kontrak kerja-kerja mesin rumput yang menelan kos RM99,000 sebulan atau RM1.9 juta setahun.

“Sebaliknya tugas berkenaan diserah kepada kakitangan SADA yang dilakukan selepas waktu kerja. Hasilnya kos bulanan menjadi RM36,129 dan berlaku penjimatan sebanyak RM62,000,” katanya selepas mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman hari ini.

Menurutnya melalui langkah tersebut berjaya menjimatkan sebanyak 64 peratus kos operasi SADA. – HARAKAHDAILY 28/10/2020

- Advertisement -