DUP Selangor junjung kasih Titah Tuanku

Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor
- Advertisement -

DEWAN Ulamak PAS Selangor mengambil maklum kenyataan Istana Negara berhubung keputusan KDYMM YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa tiada keperluan Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian di Malaysia buat masa ini.

Dewan Ulamak PAS Selangor merafakkan setinggi-tinggi junjung kasih atas keyakinan dan kepercayaan Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terhadap kerajaan hari ini.

- Advertisement -

Dalam masa sama, Dewan Ulamak PAS Selangor menyokong penuh Titah Tuanku YDPA supaya ahli-ahli politik berhenti bermain politik di saat negara sedang diancam pandemik yang berbahaya

Justeru itu, Dewan Ulamak PAS Selangor merasakan segala tindakan politiking yang diambil selepas Titah Baginda adalah suatu perbuatan mengabaikan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu serta kepentingan rakyat.

Oleh itu, Dewan Ulamak PAS Selangor menyeru semua rakyat Malaysia termasuk ahli-ahli politik baik dari pembangkang mahupun kerajaan bersatu padu dan mendokong usaha kerajaan dalam mendepani wabak COVID-19.

Sekian.

RIZUAN RAHMAT,
Ketua Dewan Ulama PAS Selangor – HARAKAHDAILY 26/10/2020

- Advertisement -