Kembali mulakan niaga setelah bantuan ADUN Beserah

- Advertisement -

INDERA MAHKOTA: Bantuan diberikan ADUN Beserah, Andansura Rabu buat seorang peniaga, Hasnah Ngah telah membangkitkan rasa upaya untuk melangsungkan kembali perniagaannya di Balok Makmur, di sini.

- Advertisement -

Selama ini perniagaan itulah sara hidup bagi keluarga beliau setelah pemergian arwah suami, Ishak Jamali seorang pesara tentera sejak lebih 4 tahun lalu kembali ke rahmatullah kerana sesak nafas.

Kerana sejak kematian suami, ibu tunggal ini tiada pendapatan lain kecuali dari berniaga itu walaupun hasil yang diperolehi tidak seberapa, namun cukup untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Sumbangan kanvas bagi menutup kanopi yang sebelum ini rosak kerana diterbangkan angin membolehkannya memulakan kembali perniagaan itu menampung pengajian anak di kolej dan bayaran sewa rumah.

Malah, dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa PAS Balok Makmur, pihak Pusat Khidmat DUN Beserah telah merealisasikan pemasangan kanvas itu untuk Hasnah berniaga semula, kelmarin dahulu.

Pihak Pusat Khidmat juga berharap mereka dapat mengusahakan bantuan sewajarnya kepada sesiapa sahaja penduduk yang diuji atau diadukan masalahnya. – HARAKAHDAILY 21/10/2020

- Advertisement -