Antara daya tahan badan semulajadi dan imunisasi

- Advertisement -

SEBAGAIMANA yang kita tahu, imunisasi adalah satu kaedah atau ikhtiar dalam melindungi diri dari jangkitan kuman. Dalam dunia ini lebih kurang 1,400 human patogen species kuman wujud. Ada yang baik dan bermanfaat kepada kita, dan tidak kurang ianya membahayakan kita.

Tubuh badan kita akan berinterakasi dengan kuman yang masuk ke dalam tubuh. Ada yang bagus untuk badan seperti yang terdapat dalam susu kultur. Dan ada yang mendatangkan mudarat sehingga kita jatuh sakit, cacat dan kematian.

- Advertisement -

Interaksi inilah kita namakan sebagai pembinaan antibodi. Bagi kuman yang kurang berbahaya, antibodi kita sudah memadai membunuh mereka. Tetapi bagi kuman yang boleh membawa kesengsaraan, maut atau cacat, badan kita cuba melawan secara semula jadi, selalunya kita kalah dalam peperangan ini.

Hasil dari perubahan zaman dengan peningkatan teknologi dalam sains, kita berjaya menghasilkan kaedah pencegahan melalui vaksin. Ianya adalah kaedah terbaik buat masa kini bagi menghalang kita dari diserang oleh kuman yang berbahaya. Tak banyak pun, sekitar 12-16 jenis kuman sahaja. Antaranya Tb, Difteria, Pertusis, Campak, Polio, Influenza, Pneumokokus, Hepatitis B dan beberapa lagi seperti yang terdapat dalam jadual imunisasi Kebangsaan.

Justeru jawapan bagi soalan ini sudah tentu imunisasi lebih baik dari pertahanan semulajadi.

DR SUHAZELI ABDULLAH 
Pakar Perubatan Keluarga 
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 16/10/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -