Di mana ada pondok, di situ ada PAS

- Advertisement -

AYER KEROH: Hubungan ulamak dengan institusi pendidikan tidak dapat dipisahkan malah kekuatan PAS kerana ramai ulamak di dalamnya.

Boleh dikatakan hampir keseluruhan institusi pondok di Malaysia mendukung dan bersama perjuangan PAS.

- Advertisement -

Almarhum Tuan Guru Abdullah (Pondok Lubuk Tapah), Tuan Guru Hashim (Pondok Pasir Tumboh), almarhum Tuan Guru Salleh Musa (Pondok Sik) dan almarhum Tuan Guru Omar Zuhdi antara ulamak pondok yang mendukung penuh perjuangan PAS.

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Melaka, Ustaz Faisol Sheikh Mohd, berkata boleh dikatakan majoriti tokoh-tokoh ulamak menyokong penuh perjuangan PAS.

“Mereka terdiri daripada para tuan guru yang memimpin pondok-pondok pengajian agama di seluruh negeri dan menggunakan pengaruh mereka mengajak rakyat menjadi pendukung PAS.

‘’Mereka terlibat secara aktif dengan PAS. Ada dikenakan ISA. Ada yang jadi Ahli Jawatankuasa PAS.

“Jelas ternyata tuan-tuan guru pondok adalah pimpinan PAS. Ini menunjukkan PAS sangat dekat di hati orang yang cintakan Islam dan kebangkitan Islam,” tegas Ustaz Faisol.

Ustaz Faisol berkata demikian sebagai ahli panel jemputan pada Forum Kalam Murabbi, Peranan Institusi Pondok Dalam Mempertahankan Akidah Ummah.

Forum terbabit anjuran Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka yang disiarkan secara langsung di Facebook PAS Negeri Melaka malam tadi. – HARAKAHDAILY 15/10/2020

- Advertisement -