Jangan biarkan anjing liar berkeliaran

MASALAH anjing liar di kawasan Taman Jelita Lorong Lada 1A, Lambir yang boleh mencemarkan dan mengancam keselamatan penduduk menurut salah seorang penduduk di kawasan perumahan.

Di hampir semua kawasan perumahan, anjing liar dan anjing terbiar berkeliaran mencari makanan di tong sampah dan membuang najis menyebabkan persekitaran tempat tinggal menjadi kotor.

Sekiranya pihak berkuasa tempatan tidak bertindak awal, anjing liar ini akan berkembang biak di kawasan itu sebagai habitat baru bagi mereka. Anjing liar ini perlu segera ditangkap dari pembiakan.

Advertisement

Penduduk yang tidak mahu nama mereka disiarkan mengadu bahawa kanak-kanak yang ingin pergi ke sekolah takut akan anjing liar, apatah lagi ada budak lelaki berusia 7 tahun pernah digigit anjing liar.

Sekiranya anjing ini tidak mempunyai pemilik, pihak berwajib yang menjalankan operasi harus menangkap dan menghapuskan anjing liar yang mengancam keselamatan penduduk terutama anjing yang membawa Virus Rabies.

Mereka juga bimbang jika ada anjing liar yang dijangkiti Virus Rabies, ia sangat berbahaya bagi kesihatan dan keselamatan penduduk.

Kami menggesa pihak berkuasa tempatan dan pihak terkait untuk memberikan pengetahuan kesihatan kepada masyarakat untuk merawat anjing mereka dengan betul dengan menyediakan air dan makanan yang mencukupi, menyediakan tempat tinggal yang sesuai dan tepat serta memvaksinasi vaksin kesihatan terhadap penyakit berjangkit.

Pemilik anjing juga perlu mengawal anjing mereka dari gangguan bunyi yang disebabkan oleh anjing menyalak. Untuk mengurangkan kejadian anjing mengaduk sampah yang menyebabkan sampah bertaburan di tempat awam dan menjadikan persekitaran kotor dan menyebabkan masalah kesihatan, pemilik anjing harus mengawal anjing mereka supaya mereka tidak keluar dari rumah untuk bergaul dengan anjing liar.

Untuk mengurangkan kejadian anjing mengejar pejalan kaki atau penunggang motosikal yang boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan kepada orang ramai, pemilik anjing tidak boleh membiarkan anjing mereka berkeliaran di luar rumah.

Untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh najis anjing di tempat awam, pemilik anjing harus menjaga anjing peliharaan mereka dengan baik.

Kerjasama dengan semua pihak yang terlibat dalam membasmi pembiakan anjing liar dan anjing terbiar daripada mengancam kesihatan dan keselamatan penduduk perumahan sangat dihargai.

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS Sarawak 

English version

Do not let stray dogs roam

The problem of wild dogs in the Taman Jelita Lorong Lada 1A, Lambir area which can pollute and threaten the safety of the residents according to one of the residents in the housing area.

In almost all residential areas, wild dogs and stray dogs roam in search of food in the bins and dispose of feces causing the living environment to become dirty.

If local authorities do not act early, these wild dogs will breed in the area as a new habitat for them. These stray dogs need to be caught immediately from breeding.

Residents who did not want their names published complained that children who wanted to go to school were afraid of wild dogs, not to mention that a 7-year-old boy had been bitten by a wild dog.

If this dog does not have an owner, the authorities conducting the operation will arrest and eliminate wild dogs that threaten the safety of the population especially dogs carrying rabies.

They are also worried that if there are wild dogs infected with the rabies virus, it is very dangerous for the health and safety of the population.

We urge local authorities and related parties to provide health knowledge to the community to properly care for their dogs by providing adequate water and food, providing suitable and appropriate shelter, and vaccinating health vaccines against infectious diseases.

Dog owners also need to control their dogs from noise disturbances caused by barking dogs.

To reduce the incidence of the dog stirring litter that causes litter to be scattered in public places and make the environment dirty and cause health problems, dog owners should control their dogs so that they do not go out of the house to associate with wild dogs.

To reduce the incidence of dogs chasing pedestrians or motorcyclists that can cause accidents and injuries to the public, dog owners should not let their dogs roam outside the home.

To reduce the environmental pollution caused by dog feces in public places, dog owners should take good care of their pet dogs.

Cooperation with all parties involved in eradicating the breeding of wild dogs and stray dogs from threatening the health and safety of the housing population is greatly appreciated.

Yours faithfully,
JOFRI JARAIEE
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief – HARAKAHDAILY 13/10/2020