YB Andansura hargai warga Pos Malaysia

- Advertisement -

INDERA MAHKOTA: ADUN Beserah, Andansura Rabu bersama para pegawai beliau telah mengadakan kunjungan dan agihan kek ke tiga Cawangan Pos Malaysia dalam Parlimen ini, kelmarin.

- Advertisement -

Lawatan dan pemberian itu adalah sebagai tanda ingatan daripada pihaknya serta menzahirkan penghargaan atas khidmat tugas dan amanah yang dilaksanakan oleh warga Pos Malaysia.

Semua cawangan itu menerima kehadiran rombongan Pusat Khidmat DUN Beserah yang hadir memesrai mereka sempena Hari Pos Sedunia itu di Pejabat Pos Balok, Beserah dan Air Putih, di sini.

“Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kakitangan (Pos Malaysia) atas khidmat yang diberi, tanpa mereka segala urusan penghantaran sama ada surat atau barangan serta perkhidmatan kaunter berkaitan akan tergendala dan menjadi tidak sempurna.

“Mereka antara pemberi khidmat yang sanggup berhujan, berpanas demi menyempurnakan segala kiriman sampai kepada penerimanya,” ujar Andansura memberitahu mesej disampaikannya.

Menyucapkan ‘Selamat Hari Pos Sedunia’ katanya, Pos Malaysia merupakan syarikat yang pertama beroperasi sebelum banyak khidmat seumpama wujud atau ditawarkan oleh pihak lain. – HARAKAHDAILY 11/10/2020

- Advertisement -