Pelantikan Pegawai Khas (Hubungan Antara Kaum)

- Advertisement -

SUKACITA dimaklumkan bahawa saya bersetuju melantik Herman Obi sebagai Pegawai Khas (Hubungan Antara Kaum).

Herman Obi, 24 tahun, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

- Advertisement -

Beliau ialah Setiausaha Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Sabah, beragama Kristian dan ahli DHPP sejak 2016.

Pelantikan Herman Obi diyakini dapat memperkukuh lagi hubungan masyarakat pelbagai kaum di Sabah sekali gus membuktikan kesungguhan PAS Sabah membela kebajikan rakyat, merentasi kaum dan fahaman agama.

Saya juga bersetuju melantik Ustaz Amiruddin Mohd Rosdi sebagai Setiausaha Akhbar, Mohd. Nasir Morni sebagai Pegawai Perhubungan Awam (PRO) dan Syamsul Ma’arif Suardi sebagai Pegawai Media.

YB DR. ALIAKBAR GULASAN
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (Dilantik)
11 Oktober 2020 – HARAKAHDAILY 11/10/2020

- Advertisement -