Tahniah PAS Sabah

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dr. Aliakbar Gulasan atas pelantikan sebagai Ahli Dewan Undangan (ADUN) Negeri Sabah sekali gus kepada PAS Sabah secara keseluruhannya.

Anak jati Sabah yang berasal dari Tenom itu, kini merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah (BPPNS) dan juga menjawat jawatan sebagai Pengarah Lembaga Koko Malaysia (LKM). 

Berbekalkan segala kepakaran dan pengalaman yang dimiliki dalam bidang pendidikan serta kepimpinan menjadikan beliau layak memimpin Sabah.

Advertisement

PAS mendoakan semoga Dr. Aliakbar dapat melaksanakan tanggungjawab dan kepercayaan yang diberi dengan sebaik mungkin.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
8 Oktober 2020 | 20 Safar 1442 – HARAKAHDAILY 8/10/2020