Laporan polis terhadap Ketua PAN Ledang

- Advertisement -

KLUANG: PAS Kawasan Kluang telah membuat satu laporan polis terhadap Ketua PAN Kawasan Ledang, Azhar Ismail di Balai Polis Kluang, di sini hari ini.

- Advertisement -

Laporan dibuat oleh Ketua Penerangan PAS Kluang, Ikhwan Basaruddin ke atas status dimuat naik di laman Facebook Azhar Ismail yang disifatkan menghina Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Status yang dimuat naik oleh Azhar itu bersifat provokatif dan menghasut serta boleh menimbulkan kekecohan dan mengancam keselamatan.

“Perkara sebegini perlu diambil tindakan segera kerana telah mempersendakan Agama Islam itu sendiri,” ujar Ikhwan.

Laporan dibuat berdasarkan Seksyen 3 (1) (e) Akta Hasutan 1948 dan pihak polis telah membuka kertas siasatan susulan dua laporan (PAS Kawasan Shah Alam dan PAS Kawasan Kluang) telah dibuat berkaitan ini.

Turut hadir Yang DiPertua PAS Kluang, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Parlimen (JPrP) Kluang, Zulkifli Mat serta Lajnah Kebajikan PAS Kluang, Khairul Anuar Ahmad Kamil. – HARAKAHDAILY 7/10/2020

- Advertisement -