M Daud Kilau terima sumbangan Exco Perak

- Advertisement -

BAGAN DATUK: Kesukaran hidup penyanyi lagenda tanah air Dato’ M Daud Kilau, 82 berikutan menghadapi masalah kesihatan turut mendapat perhatian kerajaan Negeri Perak.

Hari ini seniman tanah air itu diziarahi anggota Exco kerajaan negeri Ustaz Mohd Akmal Kamarudin.

- Advertisement -

Hadir sama Pegawai Tadbir Agama Daerah Bagan Dato’ Muhammad Khairul Basri Osman selain itu Pegawai Baitulmal Daerah Bagan Datuk, Mohd Shahmer Mahzuz Mohd Zin dan Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), Misbahul Munir Masduki.

Mohd Akmal berkata, beliau terpanggil membawa rombongan media dan jabatan-jabatan kerajaan bagi menyampaikan bantuan selain menghebahkan keadaan semasa penyanyi itu.

“Hari ini kita dapat sampaikan bantuan kepadanya di samping beberapa kit bantuan pertama. Kita akan berusaha memberi bantuan yang layak disampaikan kepada beliau,” katanya semasa melawat M Daud Kilau di kediamannya di sini hari ini.

Semalam sebuah akhbar melaporkan kesihatan M Daud Kilau merosot sejak kebelakangan ini dan memerlukan sumbangan bagi menampung perbelanjaan perubatannya.

M Daud Kilau hampir empat tahun terlantar dan tidak mampu lagi membuat persembahan pentas kerana masalah kesihatan. – HARAKAHDAILY 30/9/2020

- Advertisement -