PRN Sabah : Rakyat buat keputusan tepat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS Sabah mengucapkan tahniah kepada semua calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang telah menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

- Advertisement -

Ketua Penerangannya, Ahmad Dullah juga turut merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat negeri itu kerana telah membuat keputusan yang tepat dengan memilih kerajaan yang selari dengan kerajaan Persekutuan.

“Kepada wakil rakyat yang telah dipilih dalam pilihan raya kali ini diharap dapat menunaikan amanah dengan penuh rasa tanggungjawab.

“PAS Sabah akan terus memberikan sokongan dan sumbangan ke arah pemerintahan yang prihatin kepada seluruh rakyat Sabah tanpa mengira agama, kaum dan bangsa,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Justeru, katanya PAS Sabah berharap dengan kemenangan ini akan menguatkan lagi permuafakatan seperti yang diharapkan oleh rakyat khususnya di Sabah.

Malahan, mampu berhadapan dengan cabaran yang lebih besar iaitu pilihan raya umum yang akan tiba tidak lama lagi. – HARAKAHDAILY 28/9/2020

- Advertisement -