PAS Raub kehilangan aktivis istiqamah

RAUB: PAS Kawasan Raub kehilangan seorang tokoh pejuangnya, Sho Khaimin Md Ludin yang menghembuskan nafas terakhir kembali ke rahmatullah di Hospital Daerah Lipis jam 10:37 malam kelmarin.

Advertisement

Seorang aktivis yang aktif dan istiqamah, arwah atas masalah kesihatan dihadapinya sering keluar masuk Hospital Daerah Raub, Bentong dan Lipis mendapatkan rawatan sejak beberapa tahun lalu.

Pemergian beliau sememangnya mendukacitakan dan dirasai PAS Raub di mana Allahyarham sentiasa terlibat dalam gerak kerja parti dan menyandang jawatan terakhir sebagai Pengerusi Tetap.

Berusia 61 tahun, arwah meninggalkan tujuh anak dan dua cucu serta isteri tercinta yang juga ahli Muslimat PAS Raub, Zarina Najri seorang guru.

Jenazah beliau telah disolatkan lebih 200 sahabat handai di Masjid Al-Muttaqin, Kampung Sempam Baru Sungai Lui dan dikebumikan di Tanam Perkuburan Islam Sempan, di sini sekitar 10:30 pagi semalam. – HARAKAHDAILY 28/9/2020