Kemenangan GRS bukti kesatuan

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah menyifatkan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah kemenangan bersama dan sebagai bukti pentingnya kesatuan dalam berpolitik.

Kemenangan parti-parti Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menunjukkan pentingnya kesatuan dan kesepaduan untuk mencapai matlamat yang sama.

PAS sendiri telah mengarahkan seluruh jentera di Sabah termasuk pemimpin peringkat pusat membantu dalam Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini.

Advertisement

Antara pemimpin yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS yang juga Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan ramai lagi yang membantu sepenuhnya kempen untuk memenangkan GRS dalam pilihan raya ini.

PAS Sabah akan terus memberi kerjasama dalam memperkukuh kesatuan dan kesepaduan GRS dan saya menyarankan agar semua yang telah menang akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan berintegriti.

MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Sabah
27 September 2020 – HARAKAHDAILY 27/9/2020