Berkat setandan pisang menjadi selautan rezeki

- Advertisement -

BENTONG: Jawatankuasa Muslimat Cawangan (JMC) Chegar Medang telah mengadakan Projek Kerepek Pisang JMCM bertujuan mengumpul dana tabung Lajnah Ekonomi mereka baru-baru ini.

- Advertisement -

Namun, daripada hanya aktiviti kecil-kecilan disamping merapatkan ukhuwah dengan mengadakan projek ini secara gotong-royong, tetapi kemudiannya menjadi satu usaha yang besar.

“Rezeki Allah, kami memang terkejut dan tidak menduga, pusingan pertama projek kerepek pisang ‘laku keras’ dan ‘sold out’,” ujar Ketua Muslimat Chegar Medang, Saniah Abdullah.

Permulaan projek ini hanya bermodalkan sumbangan ikhlas setandan pisang nangka ketika percubaan pertama ‘panas kuali’ diadakan di Markas PAS Chegar Medang pada 17 September lalu.

Sumbangan awal daripada Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Bentong, Shaharudin Musa itu bagaimanapun bertambah hingga 12 kilogram lagi pisang sumbangan ahli-ahli Muslimat PAS Chegar Medang.

“Atas sambutan hangat dan permintaan yang memberangsangkan, team Muslimat kembali ‘angkat kuali’ untuk pusingan kedua pada 21 September,” jelas Saniah lagi.

Usaha kali ini turut mendapat sokongan Ketua PAS Chegar Medang, Nordin Rasip yang menginfakkan ruang dapur beliau untuk Muslimat menjayakan pusingan kedua dengan 20 kilogram pisang.

Kelmarin dahulu, mereka sekali lagi ‘bertangas’ mengadap kepanasan api dapur bagi pengusahasilan ketiga, sekali gus menyahut hasrat PAS Kawasan Bentong supaya setiap cawangan mempunyai produk ekonomi sendiri. – HARAKAHDAILY 28/9/2020

- Advertisement -