PAS sedia pertahan kemenangan DUN Panching

- Advertisement -

PAYA BESAR: Jentera Pilihan Raya DUN Panching telah dilancarkan pada himpunan yang telah diadakan di Dewan Seminar Tuan Guru Abdul Hadi, Balai Islam Permatang Badak, di sini malam tadi.

- Advertisement -

Himpunan yang mengumpulkan seluruh anggota jentera ini bagi menggerakkan operasi peringkat DUN meliputi lapan Unit Daerah Mengundi di bawahnya dengan tekad mengekalkan kemenangan pada PRU15.

Ketua Penerangan PAS Negeri Pahang, Ustaz Mohd Tarmizi Yahya dalam ucapan pelancarannya mengingatkan jentera dengan tips dan amalan perlu dilakukan setiap pimpinan, jentera dan ahli-ahli PAS sebagai disiplin diri.

Serunya, ahli perlu sentiasa patuh dan wala’ kepada arahan pimpinan, selain menggiatkan aktiviti ziarah, serta tidak mengabaikan pergantungan jitu kepada Allah, selain menjaga ukhuwah.

Gimik perasmian telah menarik anggota jentera menerusi tayangan video yang menayangkan permulaan misi rahsia dibawa lapan anak muda Dari Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Kuantan hingga sampai ke dewan ini.

Panji-panji dibawa mereka ini mewakili simbolik lapan UDM tersebut yang kemudiannya disampaikan Ustaz Tarmizi kepada Ketua-ketua UDM diiringi bacaan ikrar seluruh anggota melaungkan kesediaan mengempur.

“Besar harapan saya melihat semangat kesiapsiagaan jentera parti di semua peringkat terutama DUN Panching demi melihat Islam beroleh kemenangan lagi pada PRU15 akan datang.

“Ia bukan atas dasar diti ana sebagai ADUN, tetapi untuk Islam kerana Allah S.W.T semata-mata,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 25/9/2020

- Advertisement -