Tabung Musa’adah bukti kecekapan agensi agama

- Advertisement -

SAYA ingin mengucapkan tahniah kepada agensi-agensi agama Persekutuan, yang berada di bawah kepimpinan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kerana menjadi antara pihak yang paling awal dan sangat banyak membantu rakyat semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

- Advertisement -

Laporan terkini menunjukkan bahawa JAKIM telah menyumbang 80 peratus daripada RM4.5 juta yang telah dikumpulkan melalui Tabung Musa’adah COVID-19 kepada golongan yang terjejas akibat COVID-19.

Bantuan diberikan kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, geografi dan agama termasuklah kepada golongan asnaf, petugas barisan hadapan (frontliner), gelandangan, ibu tunggal serta bantuan-bantuan yang turut diberikan kepada sekolah tahfiz swasta, pondok, sekolah agama rakyat dan juga sekolah agama swasta yang berdaftar di seluruh negara.

Kesemua bantuan yang diberikan pula adalah berdasarkan kepada peruntukan sedia ada di dalam Bajet 2020, tanpa sebarang permohonan bajet tambahan.

Dalam hal ini, JAKIM telah membuktikan bahawa tanpa bajet tambahan sekalipun, JAKIM dan agensi-agensi agama yang lain mampu ke hadapan untuk memberi bantuan. Saya melihat kejayaan Tabung Musa’adah COVID-19 ini sebagai bukti kecekapan JAKIM yang sering dipertikai oleh sesetengah pihak sebelum ini.

Sekian, terima kasih.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

HAJI WAN HASSAN MOHD RAMLI
Ahli Parlimen Dungun – HARAKAHDAILY 24/9/2020

- Advertisement -