KIAS ke arah status kolej universiti

- Advertisement -

KOTA BHARU: Hasrat Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dinaik taraf kepada kolej universiti akan menjadi kenyataan tidak
lama lagi.

Ketua Eksekutif KIAS Prof Dr Ab Aziz Mohd Zin berkata, perkara itu dibincang pada pertemuan kerajaan negeri dan Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini.

- Advertisement -

Katanya pada pertemuan tersebut diputuskan supaya perbincangan lebih lanjut diadakan bagi mencapai hasrat tersebut.

“Kita dapat bincang dengan pihak kementerian dalam hal ini mudah-mudahan diambil perhatian sebaik mungkin.

“Alhamdulillah pada pertemuan tersebut InsyaAllah apa yang kita hasratkan iaitu mendapat status kolej universiti akan berlaku,” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani Letter of Intent Jabatan Muamalat KIAS di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Eksekutif (TKE) Hal Ehwal Akademik KIAS Dr Mohd Ramizu Abdullah dan TKE Hal Ehwal Pelajar Dr Linamalini Mat Nafi.

Sejak beberapa tahun lepas KIAS menghantar permohonan kepada kementerian untuk dinaik taraf kepada kolej universiti, namun tidak menjadi kenyataan.

Malah syarat ditetapkan pihak berkenaan dipenuhi KIAS termasuk jumlah pelajar dan prasarana yang disediakan. – HARAKAHDAILY 24/9/2020

- Advertisement -