Pantau P&P Bahasa Melayu di SJKC

- Advertisement -

ADAKAH Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ada membuat pemantauan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu (BM) di SJKC oleh guru-guru Cina di SJKC?

Jika dahulu, subjek BM diajar oleh guru-guru berbangsa Melayu yang dikenakan syarat, mesti mendapat kredit subjek Bahasa Mandarin dalam SPM. Kini, tidak lagi, majoriti subjek BM diajar oleh guru-guru Cina di SJKC.

Saya diberitahu cara pengajaran dan pembelajaran sudah jauh berubah. Jika dahulu guru BM akan masuk kelas bercakap dalam BM ketika subjek BM. Hari ini, keadaan tidak sebegitu lagi, guru-guru Cina BM masuk sahaja kelas akan bercakap dan mengajar dalam Bahasa Cina, murid-murid kena (dipaksa) untuk memahaminya dan menulis maknanya dalam Bahasa Melayu

- Advertisement -

Keadaan ini menjadikan murid-murid Cina (juga murid-murid Melayu) terpinga-pinga dan gagal untuk memahami dan menulis dalam BM Bahasa Cina yang dipertuturkan oleh guru-guru Cina yang mengajar BM.

Ini akan menyebabkan majoriti murid-murid Cina (Melayu) sampai tahun enam nanti tidak akan faham dan memahami BM, mengakibatkan mereka gagal. Adakah sudah PPD maklum mengenai perkara ini? 

Apakah ada muslihat di sebalik pengajaran dan pembelajaran ini, akhirnya nanti murid-murid Melayu akan gagal BM dalam UPSR, diikuti selepas itu, NGO-NGO ultra kiasu akan mendesak kerajaan untuk menghapuskan kelas peralihan, yang dikhaskan untuk murid-murid Cina yang gagal BM, selama setahun, sebelum naik ke tingkatan satu?

Kita harap PPD segera membuat penyiasatan dan pemantauan pengajaran dan pembelajaran BM oleh guru-guru Bahasa Cina yang lebih mendengar nasihat daripada NGO ultra kiasu, daripada Kementerian Pendidikan (KPM) itu sendiri. Sedangkan semua perbelanjaan sekolah tersebut ditanggung sepenuhnya oleh KPM.

Amat malang sama sekali jika guru-guru SJKC lebih patuh kepada arahan NGO ultra kiasu daripada KPM itu sendiri. Paling saya risau nanti murid-murid Melayu di SJKC terikut-ikut dengan kata-kata:

 “Bulung bulung telebang di angkaser”…

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH – HARAKAHDAILY 22/9/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -