Bubur Asyura harmonikan warga Balok Makmur

- Advertisement -

INDERA MAHKOTA: Muafakat Nasional, PEKIDA, Masjid Balok Makmur dan Kelab Rukun Tetangga telah bergabung mengadakan secara bersama program ‘Jom Memasak Bubur Asyura, semalam.

- Advertisement -

Meriahnya, majlis bukan sahaja dihadiri lebih 100 penduduk, malah berjaya menyiapkan tujuh kawah bubur Asyura yang dimasak bergotong-royong di padang berhadapan Masjid Balok Makmur.

ADUN Beserah, Andansura Rabu turut hadir meraikan penduduk pada program ini selain para pegawai agensi kerajaan dan pemimpin politik serta pemimpin masyarakat setempat.

Himpunan warga penduduk ini juga mengeratkan hubungan sesama mereka dengan jamuan makan tengahari dan bubur lambuk yang disediakan selain diceriakan dengan acara cabutan bertuah.

Malah, cuaca hujan dan angin kuat sepanjang program ini langsung tidak mengganjakkan penduduk yang hadir dengan rasa gembira disebalik sorakan dan usik mengusik menggamit keriuhan suasana.

Program ini turut menerima kunjungan isteri ADUN Beserah, Nor Azni Wahab seusai pulang dari kelas pengajian di Akademi Pengajian Saidatina Aishah (APSA) Kuantan Cawangan Pahang.

Sebelum pulang, beliau sempat singgah minum kopi di Warung Celup Tepung milik ibu tunggal anak tiga, Mariam Abdul Ghani di Kampung Seberang Balok.

Ketua PAS Cawangan Balok Makmur, Ramli Ibrahim antara yang menyantuni warga dengan edaran bubur Asyura di mana turut disampaikan kepada anggota bomba. – HARAKAHDAILY 21/9/2020

- Advertisement -