Muslimat PAS tawan puncak Bukit Panorama

- Advertisement -

INDERA MAHKOTA: Lajnah Kebudayaan Kesenian dan Rekreasi Dewan Muslimat PAS Kawasan Indera Mahkota telah menganjurkan program ‘Hiking and Recreation’ di Bukit Panorama, Sungai Lembing, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Program sempena Sambutan Hari Malaysia ini menunjukkan semangat waja anggota Muslimat dalam menyerlahkan kemampuan berdaya saing dan melakar sejarah menawan puncak tersebut bersama kibaran bendera PAS dan Jalur Gemilang.

Acara pelepasan disempurnakan oleh Ketua Muslimat PAS Indera Mahkota, Salwani Salleh dengan simbolik kibaran Jalur Gemilang serta laungan takbir.

“Sepanjang perjalanan meniti Bukit Panorama sebanyak 1,200 anak tangga, Muslimat akan melihat sekeliling kita adalah bukti hebatnya ciptaan Allah, mudah-mudahan semakin bertambah iman kita kepada Allah.

“Juga menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah yang terlalu banyak seperti dalam surah Ar-Rahman iaitu nikmat manakah lagi yang engkau ingin dustakan?

“Apabila sampai di puncak nanti, apa jua keindahan yang kita lihat, kembalikan pujian kpd Penciptanya di atas kurniaan-Nya yang tidak terhingga,” ujar beliau.

Beliau seterusnya berpesan agar Muslimat sentiasa berselawat, berzikir di sepanjang perjalanan agar setiap perbuatan tidak  sia-sia bahkan menjadi ibadat sepanjang riadah.

Pengarah Program, Nik Halawati Nik Wajis menyatakan program ini diadakan khusus untuk wanita bagi menghilangkan tekanan penat bekerja sama ada di rumah atau tempat kerja dengan menikmati keindahan alam semula jadi di bukit ini.

“Selain sempena menyambut Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan, program ini adalah untuk mendekati pengundi muda, iaitu menyampaikan dakwah cara berpakaian mengikut syarak ketika beriadah dan  juga tazkirah ringkas mengenai penghayatan kemerdekaan yang sebenarnya.

“Alhamdulillah, Muslimat mula mendaki pada jam 7 pagi dan berjaya tiba ke puncak Bukit Panorama sekitar jam 9 pagi dengan selamat, tanpa mengalami kesukaran,” katanya.

Semua peserta selamat sampai turun dari Bukit Panorama sekitar jam 10:30 pagi dan  berkumpul di Perkarangan Homestay Mak Leha Bandar Sungau Lembing untuk acara penutup, pnyampaian sijil penyertaan dan cenderahati disampaikan oleh Salwani.

Seramai 50 peserta terbabit telah dipandu oleh jurulatih khas, Syuzilla Ibrahim dari Nurmell Fitness Studio yang juga berkongsi tips kesihatan dan kecergasan. – HARAKAHDAILY 18/9/2020

- Advertisement -