‘Infiru!’ PAS DUN Ketari bersiap PRU15

- Advertisement -

BENTONG: PAS DUN N.34 Ketari telah memalu gendang ‘Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS DUN Ketari yang dilangsungkan penuh semangat bermula di Pejabat PAS Kawasan Bentong, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Setiausaha Jentera Pilihan Raya (JPr) DUN Ketari, Mohd Sahir Ab Rahman berkata, tarikh bersejarah 16 September itu diputuskan bersama di peringkat DUN dan Kawasan memandangkan PRU15 bakal berlaku pada bila-bila masa.

Seramai 20 wakil daripada setiap JPr Unit Daerah Mengundi (UDM) telah menyertai program ini dengan misi mempertingkatkan kesiapsiagaan dan semangat jentera pilihan raya di peringkat UDM bagi persiapan menghadapi PRU-15.

Program dimulai dengan ucapan Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Bentong, Ustaz Roslan Mad Esa di hadapan 130 warga kerja PAS DUN Ketari sebelum berlepas ke ‘check point’ pertama di UDM Mempaga secara berkonvoi diiringi Alternative Riding Club (ARC).

“Kita berkumpul di sini pada pagi ini bukan sekadar suka-suka. Kita datang nak berkerja. Kita datang nak bantu parti Islam. Bukan kemenangan matlamat utama, tetapi kita berkerja nak tegakkan syiar Islam dan memperkukuh perpaduan serta menyeru rakyat agar bijak memilih supaya tiada lagi yang makan hati tertelan asap roket,” tegas Roslan.

Usai sarapan pagi dan beramah mesra dengan bakal-bakal pengundi di pasar pagi Mempaga, konvoi terus meluncur ke destinasi seterusnya iaitu UDM Sungai Dua  bertemu mata dengan pengundi yang kebanyakannya kaum Cina.

Peluang dan kesempatan ini telah dimanfaat sebaik mungkin oleh Ketua Pemuda PAS Bentong, Naqib Sahimi dan Ketua Halwa PAS Bentong, Salmah Ahmad menyantuni pengundi sebelum menyampaikan sumbangan kepada MOSWAY.

Seterusnya konvoi ke UDM Janda Baik dan kemudian solat zohor beserta makan tengahari diikuti setelah itu penyerahan panji-panji perjuangan kepada Yang Dipertua PAS Bentong, Khairudin Abdullah sebagai simbolik pelancaran di Pusat Khidmat PAS DUN Ketari. – HARAKAHDAILY 18/9/2020

- Advertisement -