PRN Sabah: PAS fokus politik jangka panjang

- Advertisement -

DEWAN Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menegaskan bahawa PAS memberi fokus kepada strategi jangka panjang terutama PRU-15 yang semakin hampir berbanding terus berkonflik terhadap isu kerusi dalam PRN Sabah.

PAS yang sudah menganggotai kabinet Kerajaan Persekutuan serta memerintah di tiga buah negeri harus terus bergerak untuk mengukuhkan kekuatannya, dan jangan hilang fokus lantaran isu kerusi di Sabah.

- Advertisement -

Tahniah diucapkan kepada kepimpinan PAS Sabah yang pasti telah melakukan yang terbaik dalam rundingan antara parti-parti politik, namun keputusan akhir pada setiap perbincangan perlu dihadapi dengan jiwa besar dan terus melangkah untuk mengatur strategi berikutnya.

PAS merupakan parti politik serta gerakan Islam yang mensasarkan kemenangan pilihan raya untuk menyebarkan risalah Islam, dan akan sentiasa bekerja untuk tujuan tersebut sama ada kalah atau tidak bertanding.

PAS tidak akan mengorbankan muafakat dengan matlamat yang lebih besar hanya semata-mata kerana provokasi musuh yang mahukan PAS melatah dalam isu PRN Sabah.

Islam memimpin, wanita sejahtera

SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 12/9/2020

- Advertisement -