Perpaduan nasional bukan bersifat rasis

- Advertisement -

MACHANG: Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke-59 tetap meriah biarpun dalam suasana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Perwakilan dari Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak dikecualikan hadir pada muktamar yang diadakan di Markas Dewan Ulamak PAS Kelantan (Madu) di Labok dekat sini hari ini.

- Advertisement -

Muktamar yang bertema Ulama Memperteguh Muafakat dijangka berlangsung sehingga jam 2 petang sebagai mematuhi SOP.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Mohd Asri Mat Daud berkata sudah ada perwakilan yang sampai semalam dan menginap di asrama Madu.

Katanya diharap perwakilan dapat melahirkan idea bagi memperkasakan dewan tersebut bagi mengharungi cabaran politik di negara ini.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Dato’ Dr Nik Zawawi Salleh pula berkata, orang Islam adalah dominan di negara ini dengan jumlah penduduk muslim kira kira 20 juta orang.

Katanya perpaduan nasional berteraskan Islam perlu dijayakan di negara ini.

“Perpaduan yang dibina bukan bersifat rasis kerana ia tidak meminggirkan kaum-kaum lain,” katanya pada ucapan dasar.

Hadir sama pada muktamar itu Timbalan Mursyidul Am Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub, pimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat. Turut hadir Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Islam, Ustaz Ahmad Marzuk Shaary. – HARAKAHDAILY 12/9/2020

- Advertisement -