Adakah wujud kilang haram di Negeri Sembilan?

- Advertisement -

MELALUI pendedahan yang dibuat oleh Berita Harian yang bertarikh 7 September 2020. Sebanyak 308 kilang yang beropersi secara haram dikesan di Rawang. Boleh rujuk [1].

Pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan ingin bertanyakan kepada Kerajaan PH Negeri, adakah wujud perkara yang sama di Negeri Sembilan?

Pihak kami ingin mendapatkan kepastian sekiranya ada wujud perkara ini, apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani isu tersebut. Dalam tempoh hampir 3 tahun menerajui kepimpinan negeri, apakah ada langkah-langkah dari pihak kerajaan?

- Advertisement -

Kami tidak mahu mendengar jawapan ‘cliche’ menyalahkan kerajaan dahulu. Sebaliknya kami ingin mengetahui tindakan dan cara pelaksanaan kerajaan dalam menangani masalah tersebut.

Pihak kami juga mengharapkan agar situasi yang berlaku di Selangor tidak terjadi di Negeri Sembilan. Kerana kami sayangkan rakyat Negeri Sembilan.

Moga pihak YAB MB dapat menangani isu tersebut sebaik mungkin sehingga tiada lagi kilang haram yang beroperasi di Negeri Sembilan.

KHAIRUL YAZMAN YAHYA
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan – HARAKAHDAILY 9/9/2020

[1] https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/728728/308-kilang-haram-dalam-kawasan-pentadbiran-mps

- Advertisement -