COVID-19: Cari tetamu majlis akad nikah

BUKIT MERTAJAM: Jabatan Kesihatan Pulau Pinang semalam meminta tetamu yang menghadiri satu majlis akad nikah di Bukit Indera Muda, Bukit Mertajam pada 29 Ogos lepas agar menghubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Seberang Perai Tengah (SPT).

Pengarah Kesihatan negeri Dr Asmayani Khalib berkata ini susulan seorang tetamu di majlis itu disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di sebuah hospital di Alor Setar, Kedah.

Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai jumlah sebenar tetamu yang hadir pada majlis berkenaan, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Advertisement

Terdahulu, tular satu notis yang dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah SPT meminta semua tetamu di majlis akad nikah berkenaan menghubungi bilik gerakan pejabat kesihatan itu menerusi talian 04-5397884.BERNAMA