Johor tawar khidmat nasihat urus Sukma

KOTA BHARU: Johor menawarkan khidmat nasihat kepada Kelantan yang bakal menganjurkan Sukan Malaysia (Sukma) pada 2024.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Roslan WanHamat berkata, negeri itu turut menganjurkan Sukma pada Mac 2021.

Advertisement

Katanya, Johor sedia menawar sebagai konsultan mengenai persiapannya menganjurkan Sukma tahun depan.

“Mereka undang kita melihat macam mana menguruskan Sukma yang akan diadakan di Johor Bahru,” katanya di sini hari ini.

Semalam ketika kunjungan ke Johor, Wan Roslan dan rombongan dari Kelantan diberikan taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sukma Johor 2020, Mohd Johari Tamidi.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Dato’ Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Dato’ Zamri Ismail dan Pengarah UPEN Wan Mohd Shuhaimi Wan Mustapha.

Selain itu Pengarah Majlis Sukan Kelantan Muhammed Imran Mansoor dan Pengarah Plan Malaysia Kelantan, Hassan Yaakob.

Wan Roslan juga berkata, kementerian sudah menerima secara rasmi permohonan membina fasiliti di Bukit Merbau Pasir Puteh bagi persiapan Sukma 2024. – HARAKAHDAILY 8/9/2020