Guru pondok perlu semarak kelas agama

foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

PENGKALAN CHEPA: Guru-guru agama termasuk tenaga pengajar pondok perlu melebarkan kelas agama sesuai Kelantan diibaratkan sebagai ‘kawah’ ilmu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato’ Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, aktiviti itu penting supaya masyarakat tidak lupa tanggungjawab mereka terhadap agama.

- Advertisement -

“Ketika saya mula-mula dilantik sebagai menteri impian meminta guru al Quran, guru pondok dan tenaga pengajar lain sentiasa memberi kuliah agama kepada masyarakat.

“Tuan-tuan merupakan nadi dan nafas sebagai jentera agama. Apabila masjid okey (baik) semunya akan menjadi okey,” katanya ketika berucap pada majlis Santuni Komuniti Masyarakat Sejahtera Peringkat Negeri Kelantan di Masjid As Salam di sini petang semalam.

Program julung kali diadakan itu dirasmikan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Turut hadir Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Ustaz Ahmad Marzuk Shaary dan anggota Exco kerajaan negeri Dato’ Mohd Nassuruddin Daud. – HARAKAHDAILY 4/9/2020

- Advertisement -