Operasi banteras sindiket curi balak

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu memandang serius pencerobohan hutan simpan dan kegiatan mencuri kayu balak yang berlaku di negeri itu.

Menteri Besar Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri telah mengenal pasti lokasi panas aktiviti tersebut.

- Advertisement -

Justeru itu katanya pihak berkuasa negeri akan mengadakan operasi bagi membanteras kegiatan tersebut.

“Kerajaan negeri memandang serius pencerobohan hutan simpan terutama melibatkan kecurian kayu balak di tempat-tempat tertentu.

“Kita sudah kenal pasti lokasi berkenaan. Operasi akan melibatkan pelbagai agensi. Namun kadang-kala berlaku kebocoran maklumat kepada pihak pencuri atau penceroboh.

“Kita akan mengadakan operasi khusus tetapi tidak boleh beritahu bila akan diadakan untuk mengelakkan kebocoran maklumat,” katanya kepada media selepas merasmikan Kampung Budaya Terengganu 2020 di Kompleks Muzium Negeri Terengganu, Kampung Losong semalam.

Pada April lepas Jabatan Perhutanan Terengganu berjaya menumpaskan kegiatan sindiket mencuri kayu balak bermutu tinggi dalam tiga serbuan membabitkan rampasan bernilai kira-kira RM100,000. – HARAKAHDAILY 4/9/2020

- Advertisement -