Pertimbang syarikat tempatan terbabit projek ECRL

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Pembabitan syarikat tempatan bagi pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dianggap mampu memberi pengalaman berharga kepada kontraktor berkenaan.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, peluang tersebut bukan sekadar untuk mendapat keuntungan sebaliknya sebagai sebahagian proses pembelajaran.

- Advertisement -

“Walaupun kita sedar syarikat-syarikat kecil sama ada di bawah agensi kerajaan negeri atau syarikat tempatan di luar konsortium sukar untuk mendapat kontrak projek ECRL kerana syaratnya yang ketat.

“Kita juga sedar China Communications Construction Company Ltd (CCCC) mempunyai kaedah pemberian kontrak yang ketat dan sukar dipenuhi syarikat tempatan.

“Namun mereka harus faham dengan keadaan di Malaysia,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian (MoU) Pembentukan Konsortium antara Ahmad Zaki Sdn Bhd dengan GPQ Sdn Bhd dan MMC Engineering Sdn Bhd dengan P-Excell Management Sdn Bhd bagi pembinaan projek ECRL di Primula Beach Hotel di sini, hari ini.

Oleh itu kata Menteri Besar, kerajaan negeri berharap CCCC mempertimbangkan syarat pemberian kontrak kepada syarikat tempatan terbabit sama dengan projek ECRL. – HARAKAHDAILY 2/9/2020

- Advertisement -